SMK BUKIT JANA, KAMUNTING, PERAK DARUL RIDWAN
Kod Sekolah: AEA6056. Tel. Sek. : 05-8829230 Fax : 05-8837139 |
|
Hari ini : |
|
|
PANDUAN TUGAS |
KETUA BIDANG
Sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah:
-
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang.
-
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
-
Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P & P yang berkaitan dengan bidang.
-
Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
-
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.
-
Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan bidang seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar guru pelatih maktab/universiti dan sebagainya.
-
Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu
|
SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
A. KURIKULUM
-
Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan, Harian dan yang berkaitan dengan bidang.
-
Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia mata pelajaran di bawah kawalan.
-
Menjalankan penyeliaan/pencerapan ke atas aktiviti P & P
-
Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan diselenggarakan dengan berkesan.
-
Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru baru dan GSTT dalam menjalankan tugas mereka.
-
Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidang dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
-
Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
-
Membantu dalam program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Daerah/Bahagian, Jabatan pendidikan dan Kementerian Pelajaran.
|
Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Aziz selaku pengetua 2004
yang telah mendorong pembinaan web ini dan memberikan kemudahan
sehingga web ini berjaya disiapkan
Hak Cipta Terpelihara © 2004