Make your own free website on Tripod.com

Berita SMKBJ [Penggal I / 2006]

3 Jan 2006

Majlis Perdaftaran Tingkatan satu

Pendaftaran pelajar tingkatan satu nampaknya berjalan dengan lancar. Program Suaikenal Pelajar Tingkatan satu juga telah pun bermula.

Guru-guru baru

Selamat Datang Ke SMKBJ. Beberapa orang guru baru telah mendaftarkan diri dan telah mula bertugas pada hari ini.

Pn. Aida Cik Fawzia Pn. Mariamal En. Zawawi Pn. Habibah
Pn. Kamariah En. Mohd Hasrizal Cik Norashikin En. Termizi Cik Chee
     
En. Ab. Aziz En. Ab. Rahim      

Namamu Harum

Seorang pelajar pendidikan khas SMK Bukit Jana telah mengharumkan nama Malaysia dan Sekolah diperingkat antara bangsa dalam Sukan Paralempik 2005 di Manila baru lalu. Beliau telah mendapat 3 pingat emas dan memecah 3 rekod sukan tersebut. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan telah memberi ganjaran sebanyam RM6,000 di atas kejayaan Beliau beliau ialah ......

20 Jan 2006

Merentas Desa

Hari merentas desa telah berlangsung dengan suasana gembira, ceria dan berjaya. Rumah Coklat telah dinobatkan sebagai juara setelah memungut mata terbanyak.


Penyerahan cek kemenangan kepada guru ketua rumah coklat

6 Feb 2006

Kenaikan pangkat guru

En. Rustam telah ditawarkan jawatan sebagai penyelaras pendidikan khas di PPD. Pn Aisah teleh menggantikan beliau sebagai penyalaras unit pendidikan khas SMKBJ. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua

Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Satu majlis perlantikkan pengawas sekolah dan pengawas PSS telah di adakan bagi menyerahkan watikah dan pembacaan ikrar.

8 Feb 2006

Sukantara

Acara sukantara telah bermula. Acara yang dipertandingkan ialah lari 100m, lompat jauh dan lontar peluru. Sesi pagi menjalankan acara disebelah petang dan sesi petang telah menjalankannya sebelah pagi.

10 Feb 2006

Guru Bertukar

Pn. Aida ditukarkan ke SMK Taman Tasik, Taiping. Kerana lebihan guru

13 Feb 2006

PIBG Turun Padang

Yang Dipertua PIBG Hj. Jamaluddin telah bersama-sama pelajar-pelajar dan guru-guru dalam perhimpunan rasmi. Baliau mengingatkan pelajar mengenai pembayaran yuran sekolah dan penting menjaga nama baik sekolah dan maruah diri

2 Mac 2006

Sukan Olahraga 2006

Kemeriahan sukan olarahraga 2006 telah menghiasi kalender 2006. Semua acara telah dijalankan dengan jayanya dalam cuaca yang sungguh baik. Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan

30 Mac 2006

Takraw

Pasukan Takraw B18 SMKBJ telah berjaya masuk ke suku akhir menentang SMK Tat Beng. Namun bekalan yang dibawa belum cukup untuk menewaskan pihak lawan.

Kawad Kaki KRS

Pasukan Kawad Kaki KRS Putera dan Puteri telah berjaya menjadi Johan Daerah sekali lagi.
Tahniah, teruskan kecemerlangan

 


Berita 2005 / Penggal I

Berita 2005/Penggal II

berita 2004