Berita SMKBJ [Penggal II / 2005]

13 Jun 2005

Majlis Perpisahan

Isnin: Hari ini merupakan hari terakhir bagi En. Hj. Abdul Aziz Shamsudin sebagai pengetua SMKBJ yang telah berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan disini. Beliau diberikan amanah yang lebih mencabar iaitu dilantik sebagai pengetua Sekolah Teknik Padang Rengas. Warga SMKBJ mengucapkan tahniah dan semoga beliau lebih berjaya dan gembira dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang guru.

Minggu Anti rokok dan dadah

Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan minggu anti rokok dan anti dadah serta pelancaran 'SEKOLAH SELAMAT'. Satu sesi perasmian dan ceramah serta demo hukuman sebatan dari bahagian penjara telah di adakan.

Bangsal Motor Baru

Bangsal Motro yang baru telah 90% disiapkan. Projek diketuai oleh En Megat Ahmad Fuad dibantu oleh pekerja-pekerja swasta.

14 Jun 2005

Pengetua Baru

Selasa : Pn. Hajjah Yasmin Bee bt Hussain menghadirkan diri secara rasmi sebagai pengetua SMKBJ yang baru.

15 Jun 2005

Pengubahsuaian

Rabu : Kerja-kerja pengubahsuaian bilik dan menaik taraf bilik pengetua mula dijalankan.. Bilik pengetua yang baru dan ruang pejabat akan dipasangkan dengan pendingin hawa.

Ceramah anti dadah

Ceramah khas daripada bahagian kesihatan sempena minggu anti dadah dan rokok diadakan untuk pelajar-pelajar sesi petang.

25 Jun 2005

Sabtu : Satu program maju diri bagi tingkatan satu telah dijalankan dengan kerjasama bahagian kaunseling. 100 orang pelajar telah terpilih.

1 Julai 2005

Jumaat : Sistem kerja 5 hari kakitangan awam dikuatkuaskan

7 Julai 2005

Khamis : Pasukan nasyid SMKBJ menyertai perntandingan nasyid perintkat daerah. Tetapi masih belum mendapat tempat yang baik

8 Julai 2005

Jumaat :SMKBJ dikunjungi oleh pasukan bola sepak dan bola jaring  staf SM Teknik Padang Rengas yang diketuai oleh bekas pengetua SMKBJ yang lalu Hj. Abdul Aziz.. Kita memenangi perlawanan bola sepak  tetapi kalah dalam perlawanan bola jaring.

13 Julai 2005

Pertukaran

Rabu : En Roslan Abdullah, guru pertama SMKBJ bertukar ke SMK Taman Panglima setelah sekian lama mencurah bakti di SMKBJ. Semoga SMKBJ akan terpahat ditugu ingatan beliau dan beliau lebih sukses dan gembira di sekolah yang baru.

28 Julai 2005

Pelawat

Khamis : Pendidikan Khas SMKBJ telah menerima sejumlah pelawat daripada unit pendidikan khas SMK Raja Muda Musa dan SMK Temenggung Kati.

1 Ogos 2005

Isnin : Pondok jaga yang baru mula digunakan.

12 Ogos 2005

Khamis : Hari Komunikasi bagi sesi petang. Majlis berlangsung dari jam 4 hingga 6.30 petang

15 Ogos 2005

Isnin : Bermula cabaran pertama bagi pelajar tingkatan tiga. Peperiksaan percubaan PMR bermula

Pertukaran

10 September 2005

Sabtu: Hari ini merupakan hari terakhir bagi En. Hamzah sebagai penyelia petang di SMK Bukit Jana. Beliau dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Selamat datang kepada En Ghafur sebagai penyelia petang yang baru

Juara Projek Warga

26 September 2005

Isnin : Satu majlis anugerah diselitkan dalam perhimpunan rasmi sesi petang bagi mengiktiraf kemenangan kumpulan pelajar sesi petang dengan bimbingan guru kaunseling dalam projek warga anjuran USM.


Petikan Harian Metro 27 September 2005

Jamuan Akhir Tahun KEGAS 2005

1 Oktober 2005

Sabtu: Jamuan Akhir Tahun 2005 diadakan di KEMTA Kamunting. Majlis dipengerusikan oleh Sdr Rustam dan diserikan dengan cabutan bertuah.

Peperiksaan PMR

3 Oktober 2005

Isnin: Peperiksaan PMR 2005 bermula. Hadapilah dengan fikiran yang tenang wahai anak-anak harapan ayah bonda. Semoga dirimu berjaya di dunia dan akhirat Petikan beritan Harian Metro 27 September 2005

 

11 Oktober 2005

Selasa: Peperiksaan PMR berakhir

Kursus

17 Oktober 2005

Isnin: Kursus Auto CAD diadakan untuk tingkatan 4 dikendalikan En. Megat Ahmad Fuad

Keputusan PMR

22 Disember 2005

Keputusan diluar jangkaan diumumkan. Seramai 5 orang pelajar perempuan telah berjaya mendapat 8A dan 4 orang pelajar 2 lelaki dan 2 perempuan mendapat 7A

Mesyuarat

30 Disember 2005

Jumaat: Mesyuarat pengurusan 2006 telah dijalankan. Menyuarat telah dikendalinan oleh Pn Yasmin sebagai Pengetua SMKBJ. Beberapa orang guru telah diumumkan bertukar antarannya Pn. Faridah, Pn. Siti Hawa, Pn. Rogayah, Pn. Shawlet, Pn. Siti Latifah, En. Kamarul Nizam, Us Zainal Saparin. Seramai 12 orang guru baru telah mendaftarkan diri menjadi warga SMKBJ.

En. Kamarul En. Zainal Pn. Faridah Pn. Rogayah Pn. Siti Hawa Pn. Shawlet

 


Berita 2005 / Penggal I

berita 2004