Berita SMKBJ

3 Jan 2005

Sesi persekolahan 2005 bermula. Seramai 4 orang guru baru memulakan khidmat mereka. 3 ditugaskan sebelah petang dan 1 sebelah pagi.

En. Mohd Mahadhir
 
Pn. Noramiza
 
Pn. Fadhlina

Pn. Siti Khadijah

4 Jan 2005

Program suaikenal tingkatan 1 dan 4 dijalankan.

10 Jan 2005

Latihan kawad kaki KRS dan PBSM telah bermula sebagai persediaan untuk mempertahankan kejohanan dan mendapat kedudukan yang lebih baik diperingkat kebangsaan.

13 Jan 2005

Mesyuarat kelab dan persatuan diadakan jam 12.45 tengahari

14 Jan 2005

Mesyuarat rumah sukan dijalankan

17 Jan 2005

Isnin : Seorang lagi guru kaunseling melaporkan diri sebagai kaunselor sekolah. Beliau ialah Cik Hamidah

29 Jan 2005

Acara akkhir Merentas Desa dijalankan dengan jayanya. Rumah biru telah berjaya menjadi juara keseluruhan.

31 Jan 2005

Lagu sekolah yang baru telah diperkenalkan bauat pertama kali diperhimpunan pagi dan petang. Lagu diberi judul "cemerlang berterusan" dan liriknya telah ditulis oleh PN. Asinah.

1 Feb 2005

Satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara kelab kakitangan SMKBJ dengan kelab kakitangan SERATAS. Perlawanan berlangsung di padang SERATAS dan berkesudahan seri 2-2.

2 Feb 2005

Program Jati Diri telah dijalankan. Wakil PDRM Sarjan Alias telah menerajui program tersebut.

5 Feb 2005

Majlis gotong royong diadakan untuk mencegah nyamuk aedes.


Ceramah anti demam denggi


Gotong royong membersihkan kawasan sekolah

8 Feb 2005

Selasa : Satu perlawanan persahabatan antara Pegawai Kem Tahanan Kamunting dengan Staf SMK Bukit Jana diadakan perlawanan berkesudahan dengan kemanangan memihak kepada KEMTA 2-1.

14 Feb 2005

Isnin : Perlantikan sejumlah pengawas baru bagi sesi pagi 2005

15 Feb 2005

Selasa : Perlawanan bola sepak bawah 18 tahun peringkat daerah LMS. SMKBJ kecundang 2-0 di gelanggang SMK Kamunting.

16 Feb 2005

Rabu : Satu sejarah baru bagi SMKBJ. Buat pertama kali Kelab Guru dan Kakitangan mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan Polis Taiping di KEMTA. Satu majlis ringkas meraikan tetamu diadakan di kantin sekolah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping. Perlawanan bola sepak dimulai dengan acara bergambar dan bertukar-tukar cenderamata antara kedua-dua pasukan. Perlawanan berkesedahan dengan kedudukan SMKBJ mengatasi Polis 4-3. Dua gol cantik telah dijaringkan sendiri oleh Tuan Pengetua Hj. Shamsudin.

21 Feb 2005

Isnin : Satu Upacara perlantikan dan penyerahan watikah pengawas sekolah dan pengawas PSS sesi petang telah di adakan di dataran SMKBJ. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua.


Berita Penuh

21 Feb 2005

Majlis perpisahan telah diadakan untuk meraikan 2 orang guru yang bertukar. En. Abd Aziz Tan dan Pn. Hajah Rahmah dengan rasminya telah bertukar ke sekolah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing. Segala jasa tetap dalam ingatan. Semoga gembira di sekolah yang baru.

Hj. Aziz Tan
 
Hajah Rahmah

1 Mac 2005

SMKBJ menang ke atas SMK Kamunting dengan keputusan 4-3. Pasukan bola sepak bawah 15 mengulangi kejayaan lalu menundukkan musuh tradisi. Syabas, teruskan kecemerlangan SMKBJ.

2 Mac 2005

Hari ini belangsungnya acara sukan tara bagi 2005.

2 Mac 2005

Rabu : Pasukan Bola Sepak Kelab Kaki Tangan SMKBJ sekali lagi mencatat kemenangan dalam kunjungan mereka ke SMK Abu Bakar Al Baqir di Bagan Serai dengan keputusan 4 - 2. Syabas.

8 Mac 2005

Selasa : Sekali lagi pasukan bola sepak SMKBJ membuat kunjungan persahabatan dengan MPT Taiping. Perlawanan persahabatan telah di adakan di padang MPT Kamunting yang baru. Keputusan perlawanan berkesudahan seri 4-4.


Suasana ketika waktu rehat

11 Mac 2005

Jumaat : Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Sekolah 2005 diadakan. Bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Acara di penuhi dengan Tilawah, Hafazan,Marhaban dan Nasyid.

21 Mac 2005

Isnin : Satu lagi perlawanan bola sepak bawah 15 tahun berlangsung. Kali ini SMKBJ bertemu SMK Kelian Pauh. Tetapi nyata SMKBJ kurang menyengat dan kecundang 2-6 kepada SMK Kelian Pauh.


Aksi di padang Kemta

25 Mac 2005

Jumaat: Kelab Guru dan Kakitangan SMKBJ telah menerima kunjungan muhibah daripada Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tat Beng Padang Gajah. Satu perlawanan persahabatan telah diadakan di padang Kemta. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik tetapi keputusan akhirnya terikat dengan 1-1.


Aksi di padang B Kemta

31 Mac 2005

Khamis : Pertandingan Kawat kaki GO telah berlangsung di SMKBJ. PKBM Laut putera telah berjaya menjadi juara.

6 April 2005

Rabu : Bermula acara saringan sukan olahraga 2005 dan beberapa acara akhir.

8 April 2005

Jumaat : Pasukan bola sepak Kelab guru dan kakit tangan sekali lagi mengadakan perlawanan dengan kelab POS Malaysia. Setelah berjuang , nampaknya nasib tidak menyebelahi SMKBJ yang kecundang dengan 5 berbalas 2 sahaja.

9 April 2005

Sabtu : Kelab Guru dan Kakitangan SMKBJ telah menjalankan mesyuarat agung dan pemilihan bagi tahun 2005. En. Mohd Arif telah dipilih sekali lagi sebagai pengerusi dan Pn. Maziah sebagai naib pengerusi.

En. Mohd Arif
 
Pn. Maziah

14 April 2005

Khamis : Sukan Olahraga 2005 telah dilangsungkan dengan jayanya. Perasmian dilakukan oleh Tuan Penguasa Kem Tahanan Kamunting,Taiping. Rumah Merah telah menjadi juara mengatasi pesaing terdekat iaitu rumah biru. Taniah kepada yang berjaya. Majulah sukan SMKBJ.

Pasukan Kawat PBSM Puteri bertanding untuk mengekalkan kejuaraan peringkat daerah LMS kategori NGO di SERATAS, Taiping. SMKBJ Juara lagi..syabas

20 April 2005

Rabu : Pasukan Bola Sepak kelab Guru dan Kakitangan mengadakan lagi siri perlawanan persahabatan. Kali ini bertemu dengan Bomba Taiping. Keputusan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Bomba, 5 berbalas 4.

23 April 2005

Sabtu : Hari Anugerah gemilang peringkat sekolah/Mesyuarat PIBG/Hari Kerjaya 2005.

30 April 2005

Sabtu : Hari KOKO peringkat Daerah LMS. SMKBJ telibat dalam arara perasmian Laman Web PPD dan Sekolah LMS, persembahan tarian citrawarna, gerai Kemahiran Hidup dan Gerai Seni.


..lagi

2 Mei 2005

Sekolah digemparkan dengan berita Bilik AVA diceroboh . Dianggarkan barang bernilai RM3,000 telah hilang

7 Mei 2005

Sabtu : KEGAS menerima kunjungan persahabatan daripada guru-guru dan kakitangan SMK Engku Hussain, Selama Perak. Satu perlawanan bola jaring telah diadakan dan SMKBJ menang 5-4. Perlawanan bola sepak di Kemta berkesudahan dengan terikat seri 2-2.

9 Mei 2005

Isnin : Satu majlis ringkas jamuan perpisahan telah di adakan untuk meraikan Pn. Ramona yang akan bertukar mulai 10 Mei 2005 kembali ke negeri kelahiran beliau. Kita ucapkan semoga beliau gembira dan sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Perlawanan ragbi antara pasukan ragbi SMKBJ di bawah bimbingan En. Kamarul dan En. Siva dengan pasukan SMK Haji Hussain Selama telah di adakan di padang SM Teknik , Taiping. SMKBJ menang 13-12

11 Mei 2005

Pasukan ragbi SMKBJ menentang MRSM . Kita kecundang dengan keputusan tipis 0-7

16 Mei 2005

Isnin : Peperiksaan pertengahan tahun bermula. Semoga berjaya.

17 Mei 2005

Selasa : Majlis penyerahan 'Portable Hard disk' berlangsung di SMKE VII . SMKBJ di wakili oleh En. Roslan dan En. Khairi . Penyerahan disampaikan oleh En. Amirudin dari bahagian PSPN Perak.

20 Mei 2005

Jumaat : Perayaan hari guru peringkat sekolah di adakan. Kali ini perayaan ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang (YB Tan Lian Hoe). Beliau telah sudi menyampaikan bantuan kepada pelajar dan merasmikan perayaan hari guru tahun ini.

27 Mei 2005

Jumaat : Satu siri kemahiran belakar 'maxrecall' telah di adakan untuk  sekumpulan pelajar tingkatan satu. Kursus ini telah dijalankan daripada jam 8.00 hingga 4 petang. Unit Kaunseling telah merancang dan menjayakan program ini sehingga tamat.


berita 2004