Make your own free website on Tripod.com

Berita SMKBJ

4 Jan 2004

Sesi persekolahan 2004 bermula. Tuan pengetua En. Said b. Manap telah bertukar secara rasminya ke Sekolah Menengah Sain Raub, Pahang.

Puan Zalelah bt Mat Som telah ditawarkan kenaikan pangkat dan bertugas  sebagai PK KOKO di sebuah sekolah Rendah Ijuk Selama Perak

2 April 2004

SMKBJ telah berjaya buat pertama kali memasuki pertandingan akhir bola sepak daerah bawah 18 tahun. Pertandingan ini telah diadakan di Sekolah Dato Kamarudin, Batu Kurau. Perlawanan telah di adakan pada kira-kira jam 5.10 petang. Pasukan SMKBJ telah memberi tentangan yang sengit. Namun beberapa peluang keemasan telah tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Perlawanan berkesudahan tewas kepada SMK Dr. Burhanuddin, Taiping 0-2.

4 April 2004

Pasukan Nasyid di bawah kendalian Ustazah Fatimah telah berjaya menjadi johan peringkat daerah LMS

10 April 2004

Hari ini berlansung pelbagai aktiviti. Beberapa acara berlangsung serentak. Hari Professional, Majlis mesyuarat Ibu bapa guru dan seminar pendidikan Khas, Perkhemahan Kadet Bomba,Kem Motivasi Tingkatan 3, dan perjumpaan pengakap.

Slot Hari professional telah diisikan dengan taklimat pengisian borang cukai pendapatan oleh timbalan pengarah LHDN Taiping.

11 April 2004

Penolong kanan HEM yang baru, En Abdul Rahman daripada SMK Kamunting bertugas secara rasmi dan mempengerusikan jawatan kuasa HEM.

14 April 2004

Suatu majlis ringkas meraikan Penyelia Petang Cikgu Abdul Rahman yang dinaikkan pangkat sebagai PK HEM sekolah Menengah Kamunting. Majlis turut dihadiri oleh tuan pengetua, En. Hj. Abdul Aziz dan PK KOKO, En Rosli Mat Isa.

15 April 2004

Hari Sukan Olahraga 2004 - Sukan Olahraga kali ke 5 telah dilangsungkan dalam suasana warna warni dan meriah. Walaupun Dato' Malik, ADUN Kamunting tidak dapat hadir pada saat akhir. Tetapi acara sukan telah dapat dijayakan dengan sempurna.

Rumah merah dan Rumah Biru telah dinobatkan sebagai juara bersama. Taniah kepada yang berjaya , yang gagal cuba lagi.

Satu perlawanan bola sepak persahabatan telah diadakan di antara pasukan "guru-guru SMKBJ" dengan "Guru-guru SMK Kamunting" di padang SMK Kamunting. Perlawanan berlangsung pada jam 5.30 petang dalam keadaan padang becak. SMKBJ telah berjaya menundukkan SMK Kamunting dengan 2 gol berbalas satu. Satu gol penalti telah disempurnakan oleh tuan pengetua En. Abd. Aziz.

16 April 2004

Hari ini merupakan hari terakhir En . Abdul Rahman selaku penyelia petang SMKBJ. Beliau akan meneruskan khidmatnya di SMK Kamunting sebagai PK Hem. Selamat Berjaya.

17 April 2004

Sabtu: Satu kursus kepimpinan pengawas telah diadakan di Taiping Resot. Bermulah jam 8.00 hingga 5.00 petang. Semua pengawas sesi petang terlibat.

20 April 2004

Selasa: En. Hamzah , penyelia petang yang baru memulakan tugas secara rasmi

24 April 2004

Sabtu: Satu pertandingan kuiz perdana peringkat daerah telah diadakan di dewan SMKBJ.

4 Mei 2004

KRS SMK Bukit Jana, Johan Kawad putera dan Puteri bagi Daerah LMS 2004. Taniah.

8 Mei 2004

SMKBJ telah mencatat sejarah lagi. Empat pasukan kawad kaki iaitu KRS petera, KRS puteri , BKBM Laut dan PBSM Puteri telah menjadi Johan peringkat negeri dan akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Taniah sekali lagi

15 Mei 2004

Sabtu: Majlis kesyukuran meraikan pasukan-pasukan yang berjaya mencipta nama diperingkat daerah, negeri dan antara bangsa. Bertempat di Kem Tahanan Kamunting.

17 Mei 2004

Isnin: Hari guru peringkat sekolah telah di sempurnakan dengan meriahnya. Acara-acara sukaneka, nyanyian guru, sesi bergambar, dan pertandingan badminton, futsal dan takrow telah di adakan.
SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar guru.

18 Jun 2004

Hari anugerah cemerlang 2004 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan PPD , Hj. Termizi. Acara telah serikan dengan persembahan nasyid dan tablorama.

10 Julai 2004

Sabtu: Karnival Seni Anti Dadah telah dilangsungkan dengan jayanya. Karnival kali ini bertemakan "Perangi Dadah Habis-habisan". Acara nasyid dan dikir barat telah menarik minat dan tumpuan hadirin. Sebanyak 28 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada hari itu. SMKBJ telah berjaya menduduki tempat keempat dalam pertandingan nasyid.

17 Julai 2004

Sabtu : Program aktiviti keluarga kakitangan SMKBJ telah diadakan di sebuah tempat perkelahan di Selama Perak. Program diikuti dengan acara berkunjung ke SMK Datuk Hussien. Beberapa acara perlawanan persahabatan telah diadakan seperti badminton, bola jaring dan bola sepak. Sayang sekali SMKBJ telah kecundang dalam semua acara. Cuba lagi dan terus cuba lagi ye...

31 Julai 2004

Sabtu : pertandingan Kawat kaki dan kawat hos kadet bomba peringkat Daerah LMS.

23 - 25 Ogos 2004

Isnin-Rabu : Kursus Asas teknologi Maklumat dan Komunikasi 2004
Kursus ICT anjuran JPN Perak telah diadakan di makmal ICT. Seramai 25 orang guru telah mengikuti kursus tersebut.

31 Ogos 2004

Selasa : SMKBJ mecatat sejarah sekali lagi kerana telah menjayakan Malam Citra Merdeka. Idea dan inisiatif Tuan Pengetua. Program untuk menyemarakkan semagat patriotik dikalangan warga SMKBJ.

9 Oktober 2004

Sabtu : Satu majlis anugerah kualiti telah di adakan di Bukit Jana Golf Resort. Program diadakan untuk menyempurnakan hasrat tuan Pengetua untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru yang terpilih. Majlis dimulakan dengan persembahan sambutan tetamu diiringi paluan kompang dan sambutan tarian tradisional oleh pelajar-pelajar. Majlis telah dimeriahkan pada awal pagi dengan persembahan guru dan acara pertukaran hadian dan cabutan bertuah. Kemuncak acara ialah mengumunkan anugerah kepada guru-guru yang memenuhi kreteria pemilihan.

16 Oktober 2004

Sabtu: PMR berakhir.

30 Oktober 2004

Sabtu : Musim peperiksaan datang lagi. SPM bermula.

02 Disember 2004

Khamis : Musim peperiksaan SPM berakhir. Ada yang terpaksa bersedia untuk menyertai PKN.

03 Disember 2004

Kerja-kerja membaiki pulih bangunan sekolah rancak berjalan. Bumbung dan siling digantikan dengan yang baru

26 Disember 2004

Ahad : Bencana besar melanda Asia. Gempa bumi berlaku kira -kira jam 9.00 pagi. Gegaran turut dirasai di Kamunting. Ombak besar Tsunami telah melanda pantai Asia termasuk Malaysia antara jam 12.00 hingga 1.30 tengahari. Takziah kepada mereka yang terbabit.

27 Disember 2004

Isnin : Mesyuarat guru diadakan didewan pada jam 8.30 pagi. 4 orang guru telah melaporkan diri. Seorang sahaja yang telah hadir. Guru-guru telah diedarkan dengan buku pengurusan dan pentadbiran 2005 yang berharga RM10.00. Buku tersebut mengandungi senarai tugas, takwim,diari, ruang catatan minit mesyuarat yang telah dicetak oleh syarikat boon beng.

 


Laman berita ini akan ditukar nama 'berita 2004' Menjelang 2005
Harap Maklum