Make your own free website on Tripod.com
 

 

SMK BUKIT JANA, KAMUNTING, PERAK DARUL RIDWAN
Kod Sekolah: AEA6056.  Tel. Sek. : 05-8829230    Fax : 05-8837139
Hari ini :  
 
 
PANDUAN TUGAS

 

KETUA BIDANG

Sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran di sekolah:

  1. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang.
  2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kurikulum yang berkaitan dengan bidang.
  3. Membantu Pengetua menyediakan dan menilai keberkesanan P & P yang berkaitan dengan bidang.
  4. Mengadakan program peningkatan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar.
  5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan dengan bidang.
  6. Membantu Pengetua menyelaras dengan pihak luar dalam hal yang berkaitan dengan bidang seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar guru pelatih maktab/universiti dan sebagainya.
  7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu

 

 


SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN
 
A. KURIKULUM
  • Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pengajaran Tahunan, Harian dan yang berkaitan dengan bidang.
  • Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia mata pelajaran di bawah kawalan.
  • Menjalankan penyeliaan/pencerapan ke atas aktiviti P & P
  • Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan diselenggarakan dengan berkesan.
  • Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru baru dan GSTT dalam menjalankan tugas mereka.
  • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidang dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengayaan.
  • Membantu dalam program dan penyelarasan kegiatan kurikulum yang dijalankan oleh sekolah, Daerah/Bahagian, Jabatan pendidikan dan Kementerian Pelajaran.
 

 

Rekebentuk oleh : Muhammad Khairi

Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Aziz selaku pengetua 2004
yang telah mendorong pembinaan web ini dan memberikan kemudahan
sehingga web ini berjaya disiapkan

Hak Cipta Terpelihara © 2004