SMK BUKIT JANA, KAMUNTING, PERAK DARUL RIDWAN
Kod Sekolah: AEA6056.  Tel. Sek. : 05-8829230     Fax : 05-8837139
 
Hari ini :

Sejarah SMK Bukit Jana, Kamunting

 

Cadangan pembinaan sebuah sekolah baru di Kamunting bermula pada tahun 1990 dan apabila berlaku limpahan pelajar  di SMK Kamunting yang ketika itu telah melebihi 2000 orang. Pada tahun 1993 tender pembinaan sekolah telah dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak yang berjaya ialah Syarikat Pembinaan dan Pembangunan Serantau SDN. BHD. dari petaling Jaya selangor. Pembinaan telah dimulakan pada tahun 1994.


Pembinaan blok A


Pembinaan bangunan kantin

SMKBJ mula beroperasi pada 1 April 1996 sebagai salah sebuah sekolah menengah di negeri Perak dengan kumpulan pertama pelajar seramai 551 orang yang terdiri daripada pelajar kelas peralihan, tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4. Pada peringkat awal penubuhannya sebahagian besar pelajar SMKBJ adalah merupakan pecahan pelajar daripada SMK. Kamunting yang alamat tempat tinggal mereka adalah dari pekan Kamunting membawa sehingga sempadan Ulu Sepetang dan Pondok Tanjung


En Ruslan Abdullah

Pada 1 Mac 1996. En Ruslan Abdullah merupakan guru pertama yang telah melaporkan diri di PPD LMS untuk mengajar disekolah ini. Ini diikuti oleh dua orang Pembantu Am Rendah. Pada 16 Mac 1996. En. Ahmad Murad bin Abdul Manaf telah melaporkan diri sebagai pengetua yang pertama di sekolah ini.


En Ahmad Murad

Pada 17 Mac 1996 taklimat telah diberikan oleh PPD LMS kepada warga ulung SMKBJ. 18 Mac 96 kumpulan pertana tenaga pengajar melaporkan diri, iaitu En. Mohamad b. Mat Hussin. Pn Azizah Salleh dan Pn. Wan Norazlina bt Wan Abdul Kadir. Diikuti oleh kumpulan kedua melaporkan diri pada 29 Mac 1996, iaitu terdiri daripada guru-guru SMK Kamunting antaranya En. Muhammad Khairi. Pn. Zalelah, Hj. Ismail, Pn. A'eshah, Pn. Sabariah, Pn. Endok Salwa, En. Abdul Rahim Yahya, Ong Ah Lan, Pn. Chuah Ah Hua, Pn. Ng Chor Hin, Pn. Shufaidah Tajuddin, Nurun Hin, Hj. Mohd Yusof.

SMK Bukit Jana telah mula menerima pelajar dan beroperasi pada 1 April 1996. dengan jumlah pelajar seramai 551 orang. Dalam bukan Oktober bilangan pelajar semakin meningkat menjadi 625 pelajar dan guru-guru juga bertambah menjadi 36 orang.


En. Arshad - Tukang kebun yang pertama

Pentadbiran SMK Bukit Jana diterajui oleh En. Ahmad Murad sebagai pengetua, En. Mohamad Mat Husin sebagai penolong kanan, En. Rosli Mat Isa sebagai guru kanan (HEM). Pentadbiran dibantu oleh En. Arshad sebagai tukang kebun (1 Mac 1996) dan pembantu tadbir Pn. Salmah. Pada 15 oktober 1996 mesyuarat penaja PIBG telah diadakan dan pada 19 Oktober 1996 PIBG sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN SESAWANG KAMI INI

Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Aziz selaku pengetua 2004
yang telah mendorong pembinaan web ini dan memberikan kemudahan
sehingga web ini berjaya disiapkan