Laman ini disediakan untuk guru-guru SMK Bukit Jana menyumbangkan
hasil pemikirian, idea, penulisan, dan sebagainya

Sumbangan daripada guru-guru SMK Bukit Jana Amat dialu-alukan

Daripada En. Kamarul Nizam

SEJARAH PERMAINAN RAGBI SMK BUKIT JANA
En. Kamarul Nizam

Tahun 2003 merupakan tahun keramat bagi permainan ragbi apabila pasukan sulung SMKBJ menjelmakan dirinya dalam peta ragbi negeri Perak dan Malaysia. Pelajar-pelajar yang sebelum ini hanya melihat dan tidak memahami permainan ini telah didekatkan melalui latihan dan sesi perjumpaan yang diatur rapi. Walaupun dengan kemudahan yang minima, kesungguhan dua orang jurulatih/guru pembimbing iaitu En. Kamarul Nizam b Hj Masri dan En. sivanthan serta komitmen pelajar-pelajar yang tidak kenal erti penat maka pembentukan pasukan ragbi menjadi realiti. Secara kebetulan kedua-dua tenaga ini berasal daripada sekolah premier tersohor iaitu SMK King Edward VII Taiping yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia ragbi di Malaysia. Pengetahuan dan kepakaran serta pengalaman kedua-dua guru cuba diterjemahkan dengan kejayaan di atas padang.

Pasukan ini telah membuat penampilan sulung dikejohanan ragbi Piala Ketua Polis Perak Tahun 2003 dan telah mara ke peringkat Separuh Akhir kumpulan plate. Disinilah minat dan kecintaan terhadap permainan ragbi terus subur dikalangan pelajar yang kini menyimpan cita-cita untuk menumbangkan pasukan elit (KE VIII) yang selama ini digeruni dalam permainan ragbi.

Sebenarnya permainan ini mempunyai pelbagai kelebihan yang tersendiri dan banyak menyumbang ke arah pembentukan seorang insan yang seimbang serta mempunyai elemen 'survival' dalam hidup. Ramai pemain serta bekan pemain bersetuju bahawa ia dapat memberikan kepuasan yang maksima dan melatih minda seseorang agar sentiasa melihat sesuatu dalam kehidupan dalam pelbagai aspek yang berbeza. Latihan yang lasak tetapi sentiasa menekan displin yant tinggu menjadi elemen penting dalam kehidupan seseorang. Ini ditambah pula dengan pembentukan semangat bersatu-padu dikalangan pemain dan jurulatih serta perhubungan yang berterusan menjadikan permainan ini dan jurulatih serta perhubungan yang berterusan menjadikan permainan ini unik dan hanya dimainkan golongan elit dan cerdik pandai pada masa dahulu. Menyederahi kelabihan yang boleh diperolehi melalui permainan ini.

Wapaupun usianya belumpun sampai setahun jagung, pasukan pelapis telahpun menjalani latihan sebagai persediaan awal untuk menghadapi pertandingan yang bakal di masa-masa akan datang. Sambutan dikalangan pelajar amatlah membanggakan dan tidak mustahil pasukan sekolah ini bakan muncul sebagai sebuah pasukan yang disegani di layar Malaysia baru.

Ogos 2004


Foto Guru SMKBJ>