PANDUAN TUGAS  JAWATANKUASA INDUK MAKMAL TMK. 

1. Pengerusi (Pengetua) 

11.1 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program TMK di sekolah. 

11.2 Bertanggungjawab mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan & perbekalan. 

1.3 Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program TMK sekolah. 

1.4 Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pelaksanaan TMK sekolah. 

11.5 Menggubal dan membangunkan dasar TMK sekolah agar program TMK dilaksanakan dan mencapai matlamatnya. 

11.6 Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan guru penyelaras makmal TMK untuk memastikan segala urusan berkaitan program TMK berjalan dengan lancar. 

2. Penolong Kanan 1.

 1.3 Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja. 

1.4 Menyelaras perancangan setiap jawatankuasa kerja. 

1.5 Menyemak laporan pelaksanaan aktiviti untuk tindakan susulan. 

11.6 Memantau perjalanan program setiap jawatankuasa kerja. 

3. Setiausaha / Penyelaras Makmal TMK 

2.1 Menyelaras makmal TMK 

2.2 Mencatat minit mesyuarat. 

2.3 Membuat surat panggilan mesyuarat, latihan dan kursus dalaman.

 2.4 Menyelaras perlaksanaan projek TMK

 2.5 Menjadi pegawai perhubungan TMK sekolah 

2.6 Menyediakan jadual waktu penggunaan makmal 

2.6.1 Jadual P&P 

2.6.2 Jadual Kelab TMK 

2.6.3 Jadual latihan dan kursus dalaman 

2.6.4 Jadual Guru Bertugas 

2.7 Menyedia dan mengumpul laporan aktiviti / program TMK sekolah. 

2.8 Menandatangani laporan harian guru bertugas. 

22.9 Membuat minit mesyuarat, salinan minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat.

 2.10 Menyedia dan mengemaskini buku akaun tahunan. 

22.11 Menerima, meneliti dan menyimpan segala laporan, rekod mesyuarat dan fail-fail daripada setiap unit. 

2.12 Memastikan persiapan tempat mesyuarat dan makan minum. 

22.13 Memastikan semua ketua unit menghantar laporan sebelum mesyuarat jawatankuasa induk. 

2.14 Mengurus pembelian bahan dan peralatan makmal TMK. 

4. Penolong Penyelaras Makmal / Penolong Setiausaha 

3.1 Membantu segala tugas-tugas penyelaras makmal / setiausaha dan tugas-tugas khas yang diberi dari semasa ke semasa. 

4. Unit Latihan Dan Perkembangan Staf 

44.1 Merancang dan melaksanakan program / aktiviti perkembangan staf berkaitan dengan ICT secara berterusan. 

44.2 Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut. 

44.3 Mengenalpasti guru-guru dan tenaga pengajar luar yang berkebolehan untuk menyampaikan tajuk-tajuk latihan/kursus yang ditentukan. 

44.4 Memastikan setiap guru yang telah menghadiri kursus berkaitan komputer dan ICT menjalankan kursus dalaman. 

4.5 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. 

5. Unit Keceriaan Dan Kebersihan 

55.1 Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal daripada kalangan pelajar. 55.2 Menyediakan jadual tugasan harian/ mingguan/ bulanan untuk kebersihan dan keceriaan. 55.3 Merancang dan menyediakan kertas kerja/program keceriaan makmal. 

55.4 Menyelia dan melaksanakan pengumpulan bahan-bahan berkaitan dengan ICT untuk pameran dalam makmal komputer. 

5.5 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. 

6. Unit Tugas-tugas Khas. 

66.1 Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas seperti bulan ICT, pameran ICT dan sebagainya dengan melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG serta badan-badan pertubuhan bebas serta industri. 

66.2 Mendapatkan sumber penaja dalam proses meningkatkan infrastruktur dan program ICT sekolah.

 66.3 Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT selain daripada apa yang telah dirancangkan dalam jadual induk. 

6.4 Merancang dan menyediakan kertas kerja program/aktiviti. 

6.5 Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

7. Unit Pengajaran Dan Pembelajaran. 

77.1 Memastikan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) dapat dilaksanakan dengan sempurna. 

77.2 Bekerjasama dengan unit penjadualan dalam menyusun atur pelaksanaan program KDP mengikut mata pelajaran dilaksanakan dalam jadual waktu dengan melibatkan penyertaan semua tingkatan. 

77.3 Menulis laporan setiap penggal bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. 

8. Unit Penyenggaraan Dan Keselamatan. 

88.1 Menyediakan peraturan makmal dan mempamerkannya di tempat-tempat strategik. 

88.2 Menyediakan prosedur kerja untuk mempastikan semua pengguna makmal, khususnya pelajar, memahami dan mematuhi langkah-langkah keselamatan dan peraturan makmal. 

88.3 Menyediakan jadual pemeriksaan berkala ubtuk menjaga keselamatan makmal. 

8.4 Menyedia dan melaksanakan prosedur keselamatan seperti latihan kebakaran, pemeriksaan berkala pemadam api dan menyediakan pelan laluan kebakaran. 

8.5 Menubuh dan melatih pasukan penyenggara makmal sekolah di mana ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar sekolah yang berpotensi dalam bidang ICT. 

8.6 Melakukan proses penyanggaraan ke atas sistem komputer dan system rangkaian dalam makmal. 

8.7 Melakukan proses baikpulih perkakasan dan perisian komputer. 8.8 Melaporkan sebarang kerosakan kepada pembekal dan memastikan proses baikpulih dijalankan dalam masa yang ditetapkan. 

8.9 Menyediakan kertas kerja program. 

8.10 Menulis laporan bagi setiap penggal. 

9. Unit Pengurusan Stok dan Dokumentasi. 

9.1 Menyimpan stok, inventori dan harta modal.

9.2 Menyimpan segala bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lessen perisian. 9.3 Memproses dan mengkatalog bahan-bahan sokongan serta bahan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti modul, buku, majalah, serta perisian kursus. 

9.4 Manyelia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer dan penyediaan buku log penggunaan. 

9.5 Menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan urusan penggunaan makmal. 

10. Unit Penjadualan. 

10.1 Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk matapelajaran Literasi Komputer. 

10.2 Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

10.3 Menyediakan jadual penggunaan makmal komputer untuk kelab, persatuan dan permainan kokurikulum yang membuat permohonan. 

10.4 Menyenaraikan tenaga pengajar bagi Literasi Komputer untuk pelajar dan guru serta PPBK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.