Make your own free website on Tripod.com
Menguasai Teknik Belajar

Anggaplah belajar itu suatu kerja yang menyeronokkan dan meruapakan satu nikmat. Sekiranya kita menganggap ia merupakan suatu beban, usaha kita untuk terus belajar akan terasa sia-sia. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Bertekadlah untuk mencapai kejayaan.

Seseorang itu haruslah berani menghadapi kenyataan peperiksaan. Peperiksaan bukan sekadar untuk menjawab soalan peperiksaan tetapi memerlukan perancangan yang rapi. Perancangan berdasarkan matlamat yang telah disemai. Oleh itu kaedah atau teknik peperiksaan haruslah diketahui

Menguasai teknik

Seseorang itu tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pengetahuan atau isi kandungan pelajaran kerana guru-guru sedia memberikan tunjuk ajar pada setiap topik.

Seseorang itu hanya akan menghadapi masalah untuk menguasai teknik menjawab peperiksaan Ini berdasarkan kepada pengalaman yang telah saya lalui. Saya masih ingat setiap kali menduduki peperiksaan akhir tahun, saya tidak pernah mendapat markah yang tinggi sehingga suatu hari seorang guru mangatakan saya harus menguasai teknik menjawab peperiksaan berdasarkan skima peperiksaan

Berfikiran Positif
Berfikiran positif adalah penting untuk berhadapan dengan pelbagai situasi.Memandang sesuatu dengan fikiran terbuka. Merasai sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Mencari jalan untuk berhadapan dan merentasi rintangan yang cuba menghalang.

Mungkin anda akan mempunyai senarai perkara-perkara yang menghalang anda untuk mencapai cita-cita dan kejayaan seperti

  • keluarga miskin
  • adik beradik ramai
  • tiada ruang belajar
  • kekurangan buku rujukan
  • tiada rakan belajar
  • tiada galakan dan dorongan dari ibu bapa
  • tiada contoh kejayaan di kalangan ahli keluarga
  • guru garang
  • guru tidak ambal berat tentang saya
  • guru tidak pandai mengajar
  • guru pilih kasih
  • guru sering tidak masuk kelas
  • guru sering tiada di sekolah
  • kelas yang bising
  • kelas yang panas ...tiada kipas mencukupi
Fikiran yang positif membawa kita menyedari situasi yang sedia ada dan halangan yang mungkin ada. Dengan itu kita lebih bersedia dan menjadikan perkara yang mungkin menghalang itu sebagai cabaran. Dan apabila kita dapat mengecapi kejayaan setelah menempuh segala liku dan halangan kehidupan maka kita adalah orang yang hebat.

Belajar Mengingat
Masalah pembelajaran yang pertama ialah seseorang itu tidak boleh melihat dan mendengar dengan baik. Masalah yang kedua ialah seseorang itu tidak boleh memahami apa yang didengar dan tidak boleh membuat rumusan terhadap apa yang dilihat.Masalah ketiga lalah seseorang itu tidak boleh mengingati apa yang didengar dan dilihat.

Bersambung.....