Profil SMK Bukit Jana


Pintu Utama SMK Bukit Jana


Lencana SMK Bukit Jana

SMK Bukit Jana akan menjadi sekolah cemerlang dan terbilang di Daerah larut Matang dan Selama

Untuk merealisasi visi SMK Bukit Jana akan memastikan misi berikut terlaksana dengan jayanya. Mencapai kecemerlangan dalam Kurikulum Mencapai kecemerlangan dalam ko-kurikulum mewujudkan sahsiah pelajar yang berakhlak mulia Menjadikan sekolah bersih, ceria dan selamat Mewujudkan yang harmonis dengan masyarakat tempatan

 

FALSAFAH SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum serta sahsiah agar menjadi insan yang berlimu, beriman dan berbudaya positif

MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan pelajar yang berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan dan wawasan 2020

 

OBJEKTIF SEKOLAH

Untuk mendidik pelajar menjadi insan yang berpengetahuan, berkebolehan, bertanggungjawab dan sentiasa menuju ke arah kecemerlangan dalam semua bidang

Objektif Khusus :

  • Mencapai kedudukan 10 terbaik dalam keputusan PMR dan SPM

  • Menjadi johan bagi beberapa pasukan beruniform dalam pertandingan kawat kaki peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

  • Mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam pertandingan sukan peringkat daerah

  • Menuju ke arah sifar ponteng dan sifar merokok

  • Meningkatkan kesedaran bagi memupuk sifat positif di kalangan pelajar

  • Mendapat tempat ke pertandingan akhir dalam pertandingan MEGA (Pengurusan Bilik-Bilik Khas)

 

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga smk Bukit Jana dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan melaksanakan tanggung jawab berikut:

  • Melaksanakan arahan Kementerian Malaysia (KPN,JPN Perak dan PPD LMS) dengan serta merta
  • Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan
  • Mengadakan ujian dan peperiksaan secara berkala
  • Memastikan semua sukatan pelajaran diselesaikan sebelum peperiksaan akhir tahun
  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar melibatkan diri sekurang-kurangnya tiga
  • Memastikan tetamu diberi layanan mesra dan segera
  • Setiap staf sokongan dan staf guru diberi peluang untuk mengikuti kursus dan latihan aktiviti ko-kurikulum