Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN TUGAS GURU

1.1 Bertugas 'Berkhidmat Untuk Negara' penuh dedikasi dan berdisiplin, Wujudkan sifat kepimpinan untuk menjadi tauladan oleh orang lain Dedekasi
1.2 Setiap guru mestilah mematuhi 'Perintah Am', Pekeliling Kementerian Pelajaran 256, Tatasusila Profesyen Perguruan Malaysia, Arahan Perbendaharaan dan Arahan Kementerian dan Jabatan Pelajaran Dasar
1.3 Setiap guru dikehendaki melengkapkan Borang Butir-butir Diri dalam keadaan kemaskini untuk disimpan di Pejabat Sekolah. Bertanggungjawab dan mengetahui rekod perkhidmatan Butir Diri
1.4 Dilarang dalam masa menjalankan tugas menjalankan pergerakan mencari kepentingan diri dalam apa bentuk sekalipun Kepentingan
1.5 Setiap guru mestilah mematuhi dan mengambil tindakan segera ke atas surat-surat siaran sekolah, dan menepati masa untuk melaksanakan sesuatu arahan atau mengambil tindakan menyelesaikan arahan. Siaran sekolah

Kehadiran

2.1 Kehadiran guru, setaip hari mestilah paling lewat 5 minit sebelum waktu pertama dimulakan. Hadir menepati masa untuk setiap pergerakan sekolah yang dijalankan Kehadiran
2.2 Kehadiran hendaklah dibuktikan dengan menandatangani buku catitan kedatangan dan waktu kehadiran Tandatangan
2.3 Ketidak hadiran hendaklah diberitahu secara bertulis atau pun lisan dengan telefon atau melalui rakan, kepada pihak berkuasa sekolah. Kehadiran
2.4 Surat cuti doktor mestilah disampaikan sendiri kepada Pihak Berkuasa Sekolah. Cuti sakit dari doktor provate tidak boleh lebih daripada 2 hari sekali ambil, sekiranya lebih mestilah diendorse oleh doktor kerajaan. Semasa sakit mesti berada di rumah atau hospital. Cuti sakit
2.5 Semasa bertugas dilarang meninggalkan kawasan sekolah.Kebenaran mestilah didapati dari Pihak Berkuasa Sekolah dan dicatitkan dalam Buku Keluar Kawasan jika hendak keluar kawasan untuk menguruskan perkara penting yang tidak dapat dielakkan. Keluar Kawasan
2.6 Waktu mula dan akhir bertugas hendaklah mengikut sidang , bukan mengikut waktu matapelajaran yang diajar Bertugas