Makmal Komputer SMKBJ

   
   
   
   
   

PERATURAN MAKMAL ICT

A. PROSEDUR DAN PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL
  1. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal TMK sebelum menggunakan makmal.
  2. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
  3. Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal TMK sebelum menggunakan kemudahan makmal.
  4. Membuat tempahan awal, kebenaran bertulis atau mengisi borang permohonan penggunaan kemudahan makmal TMK.
  5. Meninggalkan kasut dan beg di rak yang disediakan di bahagian luar makmal TMK.
  6. Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan.
  7. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer.
  8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal TMK tanpa kehadiran guru mereka.
  9. Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru.
  10. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.
  11. Pelajar-pelajar di larang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server).
  12. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar).
  13. Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal TMK kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA.
  14. Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal TMK tanpa kebenaran daripada guru penyelaras.
  15. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.
B. KESELAMATAN B1. KESELAMATAN FIZIKAL DI MAKMAL KOMPUTER.
  1. Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa kebenaran guru penyelaras.
  2. Penggunaan kemudahan makmal mestilah di bawah pengawasan guru. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa.
  3. Dilarang membawa keluar segala perkakasan dan perisian dalam makmal tanpa kebenaran guru penyelaras. Terdapat label pada setiap peralatan di makmal TMK.
  4. Dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar atau bergaduh di dalam makmal komputer.
  5. Dilarang membawa sebarang media pengstoran sendiri seperti disket, cakera padat dan sebagainya ke dalam makmal tanpa kebenaran guru penyelaras.
  6. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam makmal komputer.
  7. Dilarang membuat installasi perisian ke dalam komputer di makmal tanpa kebenaran guru penyelaras.
  8. Dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap setting komputer yang sedia ada.
  9. Dilarang mengusik sebarang sambungan kabel di dalam makmal komputer.
  10. Makmal mesti sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tidak digunakan.
  11. Kunci hanya disimpan oleh pihak pentadbir dan guru penyelaras sahaja.
  12. Setiap kunci perlu ada label yang jelas.
  13. Memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal.
  14. Makmal perlu mempunyai alat pemadam api jenis gas (CO2)
  15. Menggunakan laluan kecemasan mengikut pelan kebakaran yang ditetapkan. B2. KESELAMATAN INFRASTRUKTUR
    1. Menyediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di makmal komputer.
    2. Mendokumentasi dan mempamerkan diagram infrastruktur teknikal (Bilik Server dan Makmal Komputer)
    3. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang ditetapkan. Sebarang perubahan perlu mendapat kebenaran daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
    B3. PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI. Panduan berikut perlu dipatuhi untuk meminimumkan kerosakan peralatan dan juga bagi mengelakkan perubahan pada konfigurasi komputer.
    1. Dilarang memasang sendiri komputer atau peralatan yang dibekalkan untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh salah pengendalian.
    2. Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen savers, perisian utiliti ke dalam komputer atau server untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem.
    3. Dilarang mematikan server atau perkakasan rangkaian yang sedang terpasang supaya operasi tidak terganggu.
    4. Dilarang mematikan pendingin hawa di bilik server supaya tidak berlaku panas lampau dan pemeluwapan (condensation).
    5. Dilarang membuka atau membaiki sendiri perkakasan yang dipasang. Perbuatan ini akan meluputkan jaminan (guarantee) terhadap perkakasan berkenaan.
    C. ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Adalah menjadi kesalahan;
    1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
    2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
    3. Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
    4. Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka yang secara jelas memohon maklumat sedemikian.
    5. Menggalakkan, membangun atau menjalankan aktiviti-aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai.
    6. Melakukan pengeboman mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mail yang sama atau bersaiz besar.
    7. Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini dikenali juga sebagai newsgroup spam.
    8. Memalsukan kepada e-mail (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
    9. Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antara bangsa.
    10. Menceroboh peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain.
    11. Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan dan percubaan merosakkan komputer utama (to crash the host).
    12. Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online) termasuk memberi nombor kad kredit yang salah.
    13. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.

    D. PANDUAN LOGON DAN LOGOFF SISTEM KOMPUTER.

    1. Pastikan sambungan kabel dari punca elektrik ke sistem komputer adalah sempurna.
    2. Onkan punca elektrik (plug yang terdapat pada bahagian lantai)
    3. Onkan penstabil elektrik (power stabilizer)
    4. Onkan komputer anda dan tunggu sehingga paparan menu utama keluar pada skrin monitor anda.
    5. Ikuti arahan yang diberi oleh guru.
    6. Setelah selesai menjalankan gerakerja, save kerja anda ke dalam folder sendiri (sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh guru).
    7. Untuk logoff, klik File dan Klik Close semua paparan kerja anda serta Klik Exit. Klik pada Start dan Klik Turn Off Computer.
    8. Tunggu sehingga tiada lagi paparan pada monitor anda.
    9. Offkan penstabil elektrik.
    10. Offkan punca-punca elektrik dan selesai.
    11. Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa anda melakukan logon atau logoff, sila maklumkan kepada guru anda atau guru yang bertugas dengan segera.