Kemudahan-kemudahan Pendidikan Khas

Bilik Urus Diri Bilik Masakan
Bilik Bacaan  

Bilik Pengurusan Diri

Bilik ini disediakan untuk mengajar para pelajar tentang pengurusan diri terutama cara mengurus bilik tidur, mengemas ruang dan sebagainya. Bilik ini terletak di bangunan pendidikan khas

Bilik Masakan

Bilik ini disediakan untuk menjalankan pengajaran ekonomi rumah tangga kepada para pelajar. Bilik ini juga digunakan untuk menjalankan program Pra Vokasional masakan kepada pelajar yang terpilih untuk mengajar kemahiran memasak sehingga pelajar mampu mengendalikannya secara individu atau berkumpulan. Bilik ini juga terletak dibangunan pendidikan khas.

 

Bilik Bacaan

Bilik bacaan terletak disebelah bilik penyelaras. Bilik ini disediakan bagi memudahkan para pelajar membaca buku cerita, novel dan pelbagai buku ilmiah serta dapat membuat rujukan. Pelajar juga akan masuk ke bilik bacaan bersama-sama guru mecari bahan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengisi buku nilam untuk pertantingan peringkat sekolah.

Bilik Darjah

PKBP mempunyai lima bilik darjah, tiga bilik di bangunan pendidikan khas iaitu bilik bahasa Melayu, Bilik Agama dan bilik Sains serta dua lagi di blok B bangunan sekolah iaitu bilik Matematik dan bilik bahasa Inggeris. Setiap bilik dilengkapi dengan pelbagai peralatan pengajaran dan pembelajaran

Bengkel

Bengkel juga terletak di blok B bangunan sekolah. Bilik ini diwujudkan bagi menjalankan aktiviti pra vokasional seperti kerja-kerja kayu. Di dalam bilik ini disediakan peralatan pertukangan dan juga dijadikan sebagai bilik Pendidikan seni