Profil Carta Guru-Guru program Aktiviti Kejayaan

Pendidikan Khas

  • Sejarah

  • Pada bulan Julai 1998, 2 orang guru Pendidikan Khas telah ditempatkan di SMK Bukit Jana, sebagai persediaan untuk membuka kelas KKBP. Pada tanggal 4 Januari 1999, terciptalah sejarah sekolah menengah yang pertama di Daerah Larut matang dan Selama yang mewujudkan Intergrasi Kelas Percantuman Bermasalah Pembelajaran (KKBP). Dengan bilangan guru seramai 3 orang, dan pelajarnya seramai 11 orang KKBP berjalan seperti sekolah-sekolah yanglain. Pada April 1999, sekolah ini mendapat seorang guru lagi. Jumlah tersebut kekal hingga ke akhir tahun. Pada tahun 2000 bilangan pelajar bertambah menjadi 19 orang dan bilangan guru seramai 6 orang.
  • Falsafah pendidikan Khas

  • Falsafah pendidikan khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan melibuti semua aspek pendidikan . Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kana dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

  • Misi pendidikan Khas

  • Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikiri, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

  • Objektif Kelas pendidikan Khas
    • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas
    • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.
    • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
    • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam pendidikan khas

  • Matlamat Penubuhan kelas Pendidikan Khas

  • Penubuhan kelas khas adalah bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mengamalkan kelaziman seperti juga kanak-kanak biasa.
    • Membolehkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan
    • Menempatkan kanak-kanak tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek dari awal.
    • Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan
    • Menggalakkan penyertaan aktiviti-aktiviti harian yang tidak terhad
    • Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang biasa

  • Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

  • Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.
      1. Kebolehan kognitif
      2. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
      3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
      4. Penguasaan membaca
      5. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
      6. Kemahiran Matematik
      7. Daya penglihatan
      8. Darjah kebolehan pendengaran

  • Kurikulum
    • Bidang Komunikasi
      -Bahasa melayu
      -Bahasa Inggeris
      -Matematik
    • Bidang Sosial dan Persekitaran
    • Bidang Kemahiran Hidup
      - Pertanian
      - bengkel
      -Masakan
      - Jahitan
    • Bidang Rekrasi dan Daya Kreatif
      -pendidikan Jasmani
      -Pendidikan seni
      -Pendidikan Muzik
    • Bidang Nilai dan kerohanian
      -Pendidikan Agama Islam
      -pendidikan Moral
    Link/Pautan Pendidikan Khas:

    Jabatan Pendidikan Khas



    Last update: 26 Oktober 2004