Make your own free website on Tripod.com

KAWAT KAKI

Kawat Kaki SMK Bukit Jana Sepintas Lalu"

SMK Bukit Jana mula menapakkan kakinya dalam arena kawad kaki ketika era pentadbiran Tuan Pengetua yang Kedua, iaitu En Salleh Sudin. Dalam suatu mesyuarat khas guru-guru SMK Bukit Jana telah mengambil ketetapan iaitu menetapkan kawat kaki sebagai satu 'Bench Mark' bagi sekolah ini. Oleh itu perancangan dan usaha gigih daripada guru-guru yang berkenaan telah mula menampakan hasil dengan pasukan kawat kaki KRS telah menjadi johan kawad kaki Daerah LMS 1999.

Pasukan kawat kaki Bulan sabit juga telah menuruti jejak yang sama dengan menjadi johan kawat kaki NGO bagi tahun 2000. Pasukan kawat kaki kadet bersatu (laut) pula mula bersinar dengan menjadi johan kawat kaki pasukan kadet bersatu laut daerah dan negeri bagi tahun 2004.

Semua ini lantaran usaha gigih semua pihak daripada pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.


En. Salleh.
Pengetua yang begitu perihatin menjulang KRS


Suasana hari pertandingan peringkat Daerah LMS 2002


En. Hj Abd Aziz
Pengetua yang baru
Prihatin dan meneruskan tradisi sekolah ini.

Dengan sumber yang sedia ada tenaga guru dan kepimpinan Tuan Pengetua sekolah ini mencatat sejarahnya yang tersendiri. 2004 membawa kemenangan yang begitu bermakna. 5 pasukan kawat kaki SMKBJ menjadi johan negeri Perak bagi unit dan kategori masing-masing.

  • Pasukan Kawat Kaki KRS Putera
  • Pasukan Kawat Kaki KRS Puteri
  • Pasukan Kawat Kaki PBSM Puteri
  • Pasukan Kawat Kaki PKBM Laut Putera
  • Pasukan Kawat Kaki Bomba Putera


Pasukan Kawat Kaki PBSM Puteri- Johan Negeri 2004


Pasukan Kawat Kaki PKBM Putera- Johan Negeri 2004


Pasukan Kawat Kaki KRS Putera- Johan Negeri 2004