Make your own free website on Tripod.com

Jangan Durhaka Pada Ibu Bapa

Firman Allah Taala :

    Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

    (Al-Israa : 23)

Sabda Nabi s.a.w.:

    Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira, maka sesungguhnya ia membuat ridha Allah. Barang siapa menyakiti hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah

(Riwayat Al Bukhari)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda :

    Empat orang yang tidak akan masuk Allah ke dalam syurga dan tidak merasakan nikmatnya iaitu
    1. Peminum arak
    2. Lintah darat
    3. Bapak badau, pemeras dan pemakan harta anak yatim dengan zalim
    4. orang yang durhaka pada ibu bapa, kecuali mereka bertaubat
Muhammad Khairi
1986
[Siri 1] [Siri 2] [Siri 3] [Siri 4] [Siri 5] [Siri 6] [Siri 7] [Siri 8]